Yayasan Che Mas

Program Semasa

Program yayasan

Berikut ialah program infaq kami yang masih aktif & memerlukan dana dari pihak Tuan/Puan. Setiap sumbangan yang anda berikan akan mendapat potongan cukai dari LHDN.

Menderma Dengan YAYASAN Che Mas

Terus ke akaun bank
5531 3104 6320
Ataupun
No. Pelepasan Cukai:
 LHDN.01/35/42/51/179-6.5495
Sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967

Berkuatkuasa 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2027

Contoh resit sumbangan
tentang kami

yayasan che mas

Yayasan Che Mas (YCM) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 18 Ogos 1999 dibawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Di awal penubuhannya, YCM merupakan yayasan dengan matlamat untuk membantu ahli keluarga dan kelompok kenalan kecil sahaja.

Rentetan banjir besar di negeri Kelantan 2014 telah mendorong YCM bergerak aktif bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir besar. YCM terus aktif berkembang dengan pertambahan ahli dan sukarelawan serta sumbangan daripada Ahli Lembaga Pengarah, badan korprat dan kenalan.

Usaha membantu masyarakat yang terkesan akibat banjir turut diteruskan pada tahun 2024, dengan YCM kembali menggerakkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Berita & Aktiviti

Salah satu matlamat Yayasan Che Mas adalah menganjurkan program dan aktiviti kemasyarakatan yang dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran dan memerlukan.

PROGRAM SAJI PEDULI ASNAF

Program kebajikan yang mengagihkan makan tengahari kepada golongan asnaf pada setiap hari Jumaat sebagai tanda keprihatinan dan santunan kepada mereka yang memerlukan.

tarikh:

SETIAP JUMAAT

MASA:

12:00 PAGI

LOKASI

MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU

rezeki dapur barakah

Antara program Yayasan Che Mas dalam menyantuni dan membantu golongan asnaf yang memerlukan, khususnya dalam memenuhi keperluan serta meringankan beban kehidupan mereka.

tarikh:

06/06/2026

MASA:

02:00 PETANG

LOKASI

DAERAH KOTA BHARU DAN BACHOK

Inisiatif Zakat asnaf

Program khas Yayasan Che Mas dalam menyampaikan bantuan zakat kepada golongan yang layak dan telah dikenal pasti, sebagai usaha menyokong kebajikan serta kesejahteraan penerima.

tarikh:

30/01/2026

MASA:

11:30 PAGI

LOKASI

MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN ZAKAT

Program kebajikan yang menghimpunkan anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Darul Aitam dalam suasana berbuka puasa bersama, sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan kepada mereka.

tarikh:

12/03/2026

MASA:

05:30 PETANG - 08:00 MALAM

LOKASI

CRYSTAL COLOUR AVENUE, KOTA BHARU

Shopping Cart