Program Semasa
PROGRAM SAJI PEDULI ASNAF
Tarikh :
Masa :
12.00 TENGAHARI - 2.30 PETANG
Lokasi :
PERKARANGAN MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU
PROGRAM BAKUL MAKANAN RAMADAN
Tarikh :
08/03/2024
Masa :
8.00 am - 6.00
Lokasi :
DAERAH BACHOK SAHAJA
MAJLIS BERBUKA PUASA & PEMBAHAGIAN ZAKAT BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
Tarikh :
28/03/2024
Masa :
6.00 PETANG
Lokasi :
NEW HORIZON KOTA BHARU
Program yayasan
-
Dapur Chemas (menunggu kelulusan dana wakalaf PUNB)
Dapur Chemas
Dapur Chemas merupakan program Rumah Persinggahan buat golongan asnaf dan gelandangan.Lokasi Dapur Chemas.
Rumah Persinggahan ini terletak di dalam bandar Kota Bharu iaitu lot 438 , di Jalan Sri Cemerlang. Terletak berdekatan dengan Kompleks Sekolah Sekolah Kota Bharu, juga merupakan kawasan yang hanya mengambil beberapa minit berjalan kaki ke kawasan hotspot seperti ChinaTown, Mydin Mall, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan Stesen Bas.OBJEKTIF
1. Menyedikan bekalan makanan kepada yang tidak mampu untuk menyediakan makanan harian . Ianya diwujudkan dengan tujuan utama untuk membasmi kelaparan di kalangan masyarakat.
2.Tanggungjawab sosial bagi insan kepada insan yang lain yang tak bernasib baik.
3.mensasarkan YCM sebagai saluran bantuan kemasyarakatan yang di yakini oleh para penyumbang.
4. Sebagai pusat pengumpulan makanan lebihan dari hotel , restoran, supermarket dan lain2 untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan.Program
Kami menyediakan makanan dua kali sehari iaitu pada waktu sarapan (7.00 a.m – 10.00 a.m) dan waktu makan malam (5.00 p.m – 7.00 p.m).
Para peserta akan diberi kit kebersihan diri berupa barangan mandian dan juga tuala mandi. Tempat untuk mandi juga akan disediakan.BILANGAN PESERTA
Sekarang kami menyediakan keperluan untuk 20 orang dan akan dipertigkatkan dimasa hadapan bergantung kepada dana.PERBELANJAAN BULANAN
1. Makan Minum(20 peserta):- RM 10.00 setiap peserta
Sehari = RM200.00 x 30 hari = RM6000
2. Kit kebersihan & pengurusan
RM 2000
Kos bulanan= RM 8,000.00KESIMPULAN
a. Program yang dianjurkan secara langsung akan membantu golongan gelandangan dan para asnaf khususnya dalam membasmi kemiskinan di dalam negara Malaysia.b. Melalui program seperti ini juga, kami akan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat agar dapat sama-sama membantu untuk menjayakan program ini serta dapat mengurangkan masalah kemiskinan pada masa kini. Semoga apa yang kita usahakan bersama ini mendapat barokah darinya disamping dapat membantu usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan.
Semoga sumbangan & keprihatinan tuan -tuan dan puan-puan sama-sama dapat memberi sinar harapan dan kebahagian kepada para penerima & keluarga seisi keluarga mereka.
RM20.00 daripada RM8,000.00 -
Ibadah Korban Chemas
Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya. Ibadah ni menerapkan kecintaan manusia terhadap suruhan Allah walaupun terpaksa mengorbankan anak sendiri. Hukum korban adalah sunnah muakkadah (utama) atau amalan yang sangat sangat di tuntut.
Ibadah korban merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan di kawasan luar bandar atau lebih spesifik kawasan yang agak pendalaman bagi memberi pendedahan tentang ibadah korban kepada masyarakat.
Program ni di jalankan bermula pada tahun 2021 yang di laksanakan di kg slow mengkuang , kuala krai, kelantan , 2022 di jalankan di kg chenulang , kuala krai, kelantan.Objektif
1. Menyediakan lembu bagi menjalankan ibadah korban bagi peserta yang tidak pernah menjalankan ibadah korban.
2. Memberi peluang kepada asnaf sekurang- kurangnya sekali seumur hidup untuk menjalankan ibadah korban.
3. Berkongsi rasa menjalani nikmat ibadah korban bersama . Mengagihkan daging korban bagi masyarakat kampung yang tidak mampu untuk membeli daging.
4. Ukhwah antara YCM dengan masyarakat setempat.
5. Melahir rasa syukur dengan nikmat & pemberian dari Allah dapat menjalankan ibadah korban.
6. Mewujudkan masyarakat cakna dan rasa tidak di pinggirkan di kalangan asnaf , konsep masyarakat cakna adalah “susah senang sama di rasa”.Kesimpulan
Semoga dengan aktiviti korban ini dapat bersama menimbulkan rasa bersyukur kehadrat Allah dalam diri kita dan para asnaf yang dibantu. Semoga usaha murni akan berterusan selamanyaRM0.00 daripada RM10,000.00 -
Prihatin OKU
Prihatin OKU merupakan aktiviti yang mensasarkan golongan Oku yang tiada punca pendapatan. Di jalankan semenjak tahun 2020 melibatkan seorang peserta yang di beri bantuan bulan sebanyak RM 500.00
OBJEKTIF
1. Menyediakan keperluan bantuan kelengkapan & kewangan kepada OKU yang tidak mampu untuk menyediakan .
2.Tanggungjawab sosial bagi insan kepada insan yang lain yang tak bernasib baik.
3.Mensasarkan YCM sebagai saluran bantuan kemasyarakatan yang di yakini oleh para penyumbang.
4. Sebagai pusat pengumpulan kelengkapan OKU untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan.Program bantuan OKU mansasarkam kepada:
1. Elaun bulanan
2. Kelengkapan seperti pampers, tilam angin, kerusi roda, tongkat.
3. Menyediakan khidmat Konsultan bagi urusan yang melibatkan JKM, PERKESO & Agensi bantuan dari kerajaan.
4. khidmat ambulan dan sebagainya.KESIMPULAN
Program yang dianjurkan secara langsung akan membantu golongan OKU yang tidak berkemampuan. Melalui program seperti ini juga, kami akan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat agar dapat sama-sama membantu untuk menjayakan program ini serta dapat meringankan beban OKU pada masa kini. Semoga apa yang kita usahakan bersama ini mendapat barokah darinya disamping dapat membantu usaha kerajaan untuk membantu OKU.Semoga sumbangan & keprihatinan tuan -tuan dan puan-puan sama-sama dapat memberi sinar harapan dan kebahagian kepada para penerima & keluarga seisi keluarga mereka.
RM20.00 daripada RM5,000.00 -
PROGRAM BAKUL MAKANAN CHEMAS
YCM telah melaksanakan program Bakul Makanan Chemas dengan mengagihkan bekalan makanan kepada keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan makanan harian kepada anak-anak. Ianya diwujudkan dengan tujuan utama untuk membasmi kelaparan di kalangan kanak-kanak dan mereka yang tidak berkeupayaan menyara diri.
RASIONAL PROGRAM
Pada masa kini, ramai dikalangan masyarakat kita yang hilang punca pendapatan akibat dari penularan wabak Covid-19 baru-baru ini yang telah melanda di Malaysia dan khususnya seluruh dunia amnya. Kesannya terhadap orang ramai amat teruk dan masih terasa sehingga kini. Terdapat ramai juga orang yang telah kehilangan tempat tinggal kerana tidak mampu membayar sewa dan perbelanjaan rumah. Ramai juga yang sebelum ini dari golongan miskin tetapi disebabkan oleh wabak ini mereka telah bertukar kepada golongan miskin tegar.Sehubungan itu, kami dari Yayasan Che Mas telah mengadakan Program Bantuan Amal kepada golongan ini untuk membantu mereka. Program ini bukan sahaja dapat meringankan beban golongan asnaf malahan turut menyampaikan mesej bahawa masih ada yang cakna dan bersama mereka dalam mengharungi kesusahan.
OBJEKTIF
1. Menyedikan bekalan makanan kepada yang tidak mampu untuk menyediakan makanan harian . Ianya diwujudkan dengan tujuan utama untuk membasmi kelaparan di kalangan masyarakat.
2.Tanggungjawab sosial bagi insan kepada insan yang lain yang tak bernasib baik.
3.mensasarkan YCM sebagai saluran bantuan kemasyarakatan yang di yakini oleh para penyumbang.Program bakul makanan Chemas merupakan program utama YCM yang telah di jalankan semenjak tahun 2014 lagi. Ycm telah memperuntukan sebanyak 200 bakul makanan untuk diagihkan ke serata tempat mengikut sasaran yang telah dikenalpasti amat memerlukan bantuan oleh sukarelawan kami. Setiap lokasi menerima sebanyak 40 Bakul Makanan. Apabila berlaku pandemik Covid 19 YCM telah menambah bilangan jumlah bakul kepada 300 bakul makanan pada setiap bulan.
Antara lokasi yang menerima Program Bakul makanan chemas ini adalah:
i) Kubang Kerian dan Kota Bharu Kelantan
Sukarelawan – Pn Jamilah
ii) Seneng, Kelantan
Sukarelawan – Tn Hj Nawi
iii) Kedai Lalat, Kelantan
Sukarelawan – Ustaz Lah
iv) Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan
Sukarelawan – En. Nazri
v) Machang, Kelantan
Sukarelawan – Tn Azizan / Pn Azlina
vi) Kuala Krai
Sukarelawan – En. Saidi
vii) Sungai Mengkuang, Kuala Krai, Kelantan
Sukarelawan – En. Zahri
vii) Tumpat, Kelantan
Sukarelawan – En Jalir
viii) Kawasan Pantai Cahaya Bulan, Kelantan –
Sukarelawan – Tengku shaariBakul keperluan asas seperti berikut :-
Kandungan bakul asnaf
Beras – 10Kg
Tepung Gandum -1kg
Gula -1kg
Minyak 1kg
Kg Sardin- 1
Biskut -1
Bihun- 1
Teh -1
Kicap -1
Telur-1Bagi menjayakan program bakul asnaf, ycm memperuntukan RM 20,000.00 setiap bulan bagi menyediakan 300 bakul asnaf. Semoga dengan sumbangan daripada pendema pihak kami akan dapat mempertingkatkan jumlah isirumah yang dapat di bantu.
Semoga dengan asbab Program Bakul Makanan chemas YCM ini semua yang terlibat berpeluang mendapat ganjaran pahala dan mendapat keuntungan di dunia malah juga diakhirat. InsyaAllah.
Semoga sumbangan & keprihatinan tuan -tuan dan puan-puan sama-sama dapat memberi sinar harapan dan kebahagian kepada para penerima & keluarga seisi keluarga mereka.
RM20.00 daripada RM20,000.00
-
Dapur Chemas Dapur Chemas merupakan program Rumah Persinggahan buat golongan asnaf dan gelandangan. Lokasi Dapur Chemas. Rumah Persinggahan ini...
-
Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya. Ibadah ni menerapkan kecintaan manusia terhadap suruhan Allah...
-
Prihatin OKU merupakan aktiviti yang mensasarkan golongan Oku yang tiada punca pendapatan. Di jalankan semenjak tahun 2020 melibatkan seorang peserta...
-
YCM telah melaksanakan program Bakul Makanan Chemas dengan mengagihkan bekalan makanan kepada keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan makanan harian...


tentang kami
yayasan che mas
Yayasan Che Mas (YCM) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 18 Ogos 1999 dibawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Di awal penubuhannya, YCM merupakan yayasan dengan matlamat untuk membantu ahli keluarga dan kelompok kenalan kecil sahaja.
Rentetan banjir besar di negeri Kelantan 2014 telah mendorong YCM bergerak aktif bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir besar. YCM terus aktif berkembang dengan pertambahan ahli dan sukarelawan serta sumbangan daripada Ahli Lembaga Pengarah, badan korprat dan kenalan.