Yayasan Che Mas

My account

KORBAN CHEMAS

Hasil carian

  • Ibadah Korban Chemas

    Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya. Ibadah ni menerapkan kecintaan manusia terhadap suruhan Allah walaupun terpaksa mengorbankan anak sendiri. Hukum korban adalah sunnah muakkadah (utama) atau amalan yang sangat sangat di tuntut.

     

    Ibadah korban merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan di kawasan luar bandar atau lebih spesifik kawasan yang agak pendalaman bagi memberi pendedahan tentang ibadah korban kepada masyarakat.
    Program ni di jalankan bermula pada tahun 2021 yang di laksanakan di kg slow mengkuang , kuala krai, kelantan , 2022 di jalankan di kg chenulang , kuala krai, kelantan.

    Objektif
    1. Menyediakan lembu bagi menjalankan ibadah korban bagi peserta yang tidak pernah menjalankan ibadah korban.
    2. Memberi peluang kepada asnaf sekurang- kurangnya sekali seumur hidup untuk menjalankan ibadah korban.
    3. Berkongsi rasa menjalani nikmat ibadah korban bersama . Mengagihkan daging korban bagi masyarakat kampung yang tidak mampu untuk membeli daging.
    4. Ukhwah antara YCM dengan masyarakat setempat.
    5. Melahir rasa syukur dengan nikmat & pemberian dari Allah dapat menjalankan ibadah korban.
    6. Mewujudkan masyarakat cakna dan rasa tidak di pinggirkan di kalangan asnaf , konsep masyarakat cakna adalah “susah senang sama di rasa”.

    Kesimpulan
    Semoga dengan aktiviti korban ini dapat bersama menimbulkan rasa bersyukur kehadrat Allah dalam diri kita dan para asnaf yang dibantu. Semoga usaha murni akan berterusan selamanya

    KORBAN CHEMAS
    RM0.00 daripada RM10,000.00
    ended 1 tahun ago
    Sumbangan
Shopping Cart