Yayasan Che Mas

My account

Dapur Chemas (menunggu kelulusan dana wakalaf PUNB)

Dapur Chemas
Dapur Chemas merupakan program Rumah Persinggahan buat golongan asnaf dan gelandangan.

 

Lokasi Dapur Chemas.
Rumah Persinggahan ini terletak di dalam bandar Kota Bharu iaitu lot 438 , di Jalan Sri Cemerlang. Terletak berdekatan dengan Kompleks Sekolah Sekolah Kota Bharu, juga merupakan kawasan yang hanya mengambil beberapa minit berjalan kaki ke kawasan hotspot seperti ChinaTown, Mydin Mall, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan Stesen Bas.

 

OBJEKTIF
1. Menyedikan bekalan makanan kepada yang tidak mampu untuk menyediakan makanan harian . Ianya diwujudkan dengan tujuan utama untuk membasmi kelaparan di kalangan masyarakat.
2.Tanggungjawab sosial bagi insan kepada insan yang lain yang tak bernasib baik.
3.mensasarkan YCM sebagai saluran bantuan kemasyarakatan yang di yakini oleh para penyumbang.
4. Sebagai pusat pengumpulan makanan lebihan dari hotel , restoran, supermarket dan lain2 untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan.

 

Program
Kami menyediakan makanan dua kali sehari iaitu pada waktu sarapan (7.00 a.m – 10.00 a.m) dan waktu makan malam (5.00 p.m – 7.00 p.m).
Para peserta akan diberi kit kebersihan diri berupa barangan mandian dan juga tuala mandi. Tempat untuk mandi juga akan disediakan.

 

BILANGAN PESERTA
Sekarang kami menyediakan keperluan untuk 20 orang dan akan dipertigkatkan dimasa hadapan bergantung kepada dana.

 

PERBELANJAAN BULANAN

1. Makan Minum(20 peserta):- RM 10.00 setiap peserta
Sehari = RM200.00 x 30 hari = RM6000
2. Kit kebersihan & pengurusan
RM 2000
Kos bulanan= RM 8,000.00

 

KESIMPULAN
a. Program yang dianjurkan secara langsung akan membantu golongan gelandangan dan para asnaf khususnya dalam membasmi kemiskinan di dalam negara Malaysia.

b. Melalui program seperti ini juga, kami akan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat agar dapat sama-sama membantu untuk menjayakan program ini serta dapat mengurangkan masalah kemiskinan pada masa kini. Semoga apa yang kita usahakan bersama ini mendapat barokah darinya disamping dapat membantu usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

 

Semoga sumbangan & keprihatinan tuan -tuan dan puan-puan sama-sama dapat memberi sinar harapan dan kebahagian kepada para penerima & keluarga seisi keluarga mereka.

1
RM20.00 daripada RM8,000.00
ended 1 tahun ago