Yayasan Che Mas

My account

Prihatin OKU

Prihatin OKU merupakan aktiviti yang mensasarkan golongan Oku yang tiada punca pendapatan. Di jalankan semenjak tahun 2020 melibatkan seorang peserta yang di beri bantuan bulan sebanyak RM 500.00

 

OBJEKTIF

1. Menyediakan keperluan bantuan kelengkapan & kewangan kepada OKU yang tidak mampu untuk menyediakan .
2.Tanggungjawab sosial bagi insan kepada insan yang lain yang tak bernasib baik.
3.Mensasarkan YCM sebagai saluran bantuan kemasyarakatan yang di yakini oleh para penyumbang.
4. Sebagai pusat pengumpulan kelengkapan OKU untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan.

 

Program bantuan OKU mansasarkam kepada:
1. Elaun bulanan
2. Kelengkapan seperti pampers, tilam angin, kerusi roda, tongkat.
3. Menyediakan khidmat Konsultan bagi urusan yang melibatkan JKM, PERKESO & Agensi bantuan dari kerajaan.
4. khidmat ambulan dan sebagainya.

 

KESIMPULAN
Program yang dianjurkan secara langsung akan membantu golongan OKU yang tidak berkemampuan. Melalui program seperti ini juga, kami akan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat agar dapat sama-sama membantu untuk menjayakan program ini serta dapat meringankan beban OKU pada masa kini. Semoga apa yang kita usahakan bersama ini mendapat barokah darinya disamping dapat membantu usaha kerajaan untuk membantu OKU.

 

Semoga sumbangan & keprihatinan tuan -tuan dan puan-puan sama-sama dapat memberi sinar harapan dan kebahagian kepada para penerima & keluarga seisi keluarga mereka.

1
RM20.00 daripada RM5,000.00
ended 1 tahun ago