Yayasan Che Mas

My account

Tentang Kami

Latar belakang

Yayasan Che Mas (YCM) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 18 Ogos 1999 dibawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Di awal penubuhannya, YCM merupakan yayasan dengan matlamat untuk membantu ahli keluarga dan kelompok kenalan kecil sahaja.
Rentetan banjir besar di negeri Kelantan 2014 telah mendorong YCM bergerak aktif bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir besar. YCM terus aktif berkembang dengan pertambahan ahli dan sukarelawan serta sumbangan daripada Ahli Lembaga Pengarah, badan korprat dan kenalan.
Covid 19 yang melanda Malaysia pada Mac 2020 hingga Jun 2022 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengubah landskap aktiviti kemasyarakatan YCM untuk menggalas cabaran yang besar demi menyalurkan bantuan segera kepada lebih ramai keluarga yang terjejas teruk kerana hilang punca pendapatan.
Pengalaman berdepan dengan pelbagai kesulitan yang dialami oleh masyarakat telah mendorong YCM untuk lebih gigih dalam pengumpulan dana demi memperluaskan program bantuan kepada lebih ramai orang yang memerlukan.
YCM telah melaksanakan program Bakul Asnaf dengan mengagihkan bekalan makanan kepada keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan makanan harian kepada anak-anak. Ianya diwujudkan dengan tujuan utama untuk membasmi kelaparan di kalangan kanak-kanak dan mereka yang tidak berkeupayaan menyara diri.
Kefungsian YCM telah dipertingkatkan lagi dengan adanya kelulusan Pengecualian Cukai oleh pihak LHDN di bawah subseksyen 44(6) pada ogos 2022. Ini sebagai insentif kepada para penyumbang untuk mendapatkan potongan cukai.
Sekalung terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang komited dalam membantu menjayakan misi yang murni ini.

aHLI LEMBAGA PENGARAH

Kaki tangan pengurusan

visi

Misi

Matlamat

Menjadi organisasi yang berusaha membantu ummah dalam meringan beban kehidupan seharian melalui program semasa yang berikut:

Menderma Dengan YAYASAN Che Mas

Terus ke akaun bank
5531 3104 6320
Ataupun
No. Pelepasan Cukai:
 LHDN.01/35/42/51/179-6.5495
Sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
Berkuatkuasa 1 julai 2022 hingga 30 jun 2027
Contoh resit sumbangan
0 +
Tahun Pengalaman
0
Kakitangan
0 +
Aktiviti & program
0 +
bantuan dihulurkan
Shopping Cart